Wednesday, 16 July 2014

aku penat.
aku penat menangis tiap malam.
penat jadi orang yang macam tak ada iman.
tapi apalah daya aku.
aku cuma seorang insan yang lemah.
hamba Allah yang serba kekurangan.

disaat orang lain bersuka ria.
aku mati seorang di dalam bilik.
sahabatku ramai.
kalau ingin disenaraikan.
belum tentu sehari mencukupi.
tetapi yang tegur aku tiap-tiap hari.
boleh dibilang menggunakan jari sebelah tangan sahaja.

sampai sekarang aku terfikir.
jahat sangatkah aku terhadap mereka.
sampai namaku langsung tak terlintas.
walaupun sesaat.

tapi yang lagi sedih.
hanya lelaki yang menegur aku.
dimanakah sahabat-sahabat perempuan ku?
aku rasa sedih.
kenapa mesti hanya lelaki yang ingin menegurku?
time itu baru engkau datang wahai sahabat.
datang untuk menasihat.
menasihat aku untuk jauh daripada zina.

aku tertanya-tanya dimanakah engkau disaat aku perlu,sahabat?
disaat tiada sesiapa untuk aku berbicara dengan.
disaat aku tiada sesiapa untuk bergurau dengan.
disaat aku kesunyian sepi bersama masalah yang dihadapi sendiri.
memang kena tunggu aku kena tangkap basah baru engkau nak datang?
datang untuk hina aku?
datang untuk caci aku?

maafkan aku sahabat.
maafkan aku jika aku tidak sesempurna engkau.
maafkan aku jika aku bukan kawan yang baik.

macam mana sekali pun.
engkau tetap sahabatku.
walaupun bukan darah dagingku.
janganlah engkau risau.
nama kau sentiase dihujung bibirku,
di dalam setiap doa.
agar engkau sentiasa dirahmatiNya.
amin.

maybe you are just a lessons to me for this upcoming life.
thank you for everything.
goodbye. please take a good care of yourself.


sincerely nursyafiqahkamil.
#firstsajakever

No comments:

Post a Comment